comscore
Tumpuan :
Sukan

Misi Korea Selatan tamatkan kemarau 64 tahun

Son Heung Min bakal mengetuai cabaran Korea Selatan di Doha, Qatar – FOTO REUTERS

SEOUL: Kali terakhir bergelar juara Piala Asia pada 1960 ketika bergelar tuan rumah, Korea Selatan terus kempunan untuk menjulang trofi kebanggaan bola sepak Asia itu.

Justeru tidak hairan, misi utama Jurgen Klinsmann selaku ketua jurulatih Korea Selatan ialah untuk menamatkan penantian selama 64 tahun itu.

Antara tonggak yang menjadi taruhan Klinsmann dalam senarai 26 pemainnya menghadapi Piala Asia di Doha, Qatar bulan depan, semestinya bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min sebagai ketua pasukan.

Namun apa yang pasti, kekuatan Korea Selatan tidak berkisar kepada pengaruh Heung Min semata-mata.

Kim Min Jae yang beraksi bersama Bayern Munich, tonggak pertahanan Korea Selatan – FOTO REUTERS

Bahagian pertahanan menyaksikan kehadiran ‘tembok’ kebal, Kim Min Jae yang bermain untuk Bayern Munich, manakala antara yang menjana jentera penggempur, penyerang Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee Chan.

Hee Chan pagi tadi menjaringkan gol ke-10 Liga Perdana Inggeris musim ini, membantu Wolves menewaskan  Brentford 4-1.

Korea Selatan diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Malaysia.

Mereka memulakan kempen menentang Bahrain pada 15 Januari dan akan berdepan Harimau Malaya pada 25 Januari.

Loading...
Terkini