comscore
Tumpuan :
Nasional

Bonda Sultan Mizan mangkat

KUALA TERENGGANU : Bonda Sultan Terengganu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada jam 3.17 pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan media berkata jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar jam 4 petang.

Menurut Mohd Sophian, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

“Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam ini,” katanya.- BERNAMA

Loading...
Terkini