comscore
Tumpuan :
Nasional

Buaya 5 meter tersangkut pada pukat nelayan

Buaya berukuran lebih 5 meter panjang yang ditemui tersangkut pada pukat nelayan di Kampung Sungai Nipah Tambisan, Lahad Datu terpaksa diangkut dengan jengkaut.

LAHAD DATU: Buaya jantan sepanjang lebih lima meter yang ditemukan tersangkut di pukat nelayan di Kampung Sungai Nipah Tambisan, di sini telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu semalam.

Pembantu Hidupan Liar JHL Lahad Datu, Sylvester Wong dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima buaya berkenaan daripada Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Desa Kencana.

Katanya, berdasarkan maklumat APM Desa Kencana, buaya itu tersangkut di salah satu pukat ikan penduduk di kampung berkenaan pada Rabu lalu.

Sylvester menerima buaya jantan daripada anggota APM.

Mereka dengan bantuan anggota APM kemudian bertindak menangkap dan mengikat buaya terbabit.

Menurut Sylvester, pihak APM kemudian membawa buaya itu ke Pusat Operasi APM Lahad Datu dan menghubungi pihak JHL untuk melaporkan kejadian itu.

Menurutnya, kakitangan JHL Lahad Datu yang tiba di Pusat Operasi APM bertindak segera dengan melonggarkan ikatan pada buaya berkenaan.

Tambahnya, melihatkan keadaannya yang sangat lemah, buaya itu kemudian dibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan pihak APM dan penduduk terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengangkat buaya jantan dewasa berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini