comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak kurang zat maut: Ibu bapa mangsa ditahan

KUALA LUMPUR : Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun yang ditemukan meninggal dunia di flat di Bandar Tun Razak, di sini, pada 2 Disember lalu ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, suami isteri  itu yang masing-masing berusia 30-an ditahan kelmarin.

Katanya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai penunggang e-hailing serta isterinya direman tujuh hari bermula semalam hingga 13 Disember ini.

“Siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dua lagi anak pasangan berkenaan masing-masing berusia tujuh dan tiga tahun pula dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Difahamkan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berkenaan (mangsa) dilahirkan pramatang yang menyebabkan dia mengalami beberapa masalah kesihatan,” katanya pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa, hari ini.

Sebelum ini, Allaudeen dilapor berkata, kematian kanak-kanak perempuan itu disebabkan kekurangan zat besi dan makanan sekali gus didapati terdapat unsur pengabaian.

Punca kematiannya hasil keputusan bedah siasat terhadap mangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini