comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ditumbuk dan ditendang bapa kandung, sehari selepas hari lahir

Foto hiasan

GERIK: Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun cedera selepas ditumbuk dan ditendang oleh bapa kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah dekat sini petang semalam.Kejadian menimpa kanak-kanak itu berlaku sehari selepas mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, berkata kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di  bahagian belakang badan dan paha.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pada Sabtu sekitar jam 6 petang, mangsa dibawa oleh ibu saudaranya balik ke rumah dengan alasan untuk menyambut hari lahir mangsa.

Menurutnya, kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan harinya.

Bagaimanapun pada hari kejadian bapa kandung kanak-kanak itu (suspek) datang sendiri ke rumah wanita berkenaan lantas kejadian berlaku.

“Lelaki berusia 37 tahun itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Susulan kejadian itu mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha akibat kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Loading...
Terkini