comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bukan kes culik, hanya salah faham – KP Selangor

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Polis menafikan insiden tular cubaan culik seorang kanak-kanak oleh dua warga asing di sebuah pasar raya di Klang, Selasa lalu.

Sebaliknya ia hanya salah faham, apabila mereka dikatakan cuba membantu kanak-kanak terbabit menaiki eskalator yang rosak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, dua lelaki warga Nepal yang ditahan di lokasi itu, bekerja secara sah di premis berhampiran dan secara kebetulan datang ke pasar raya terbabit untuk membeli barang keperluan.

“Tiada satu persiapan mereka nak cuba culik budak tu, ada kereta tunggu kat luar ke, ataupun mereka nak larikan diri ke, tidak ada. Mereka secara biasa berada di situ dan apabila pengadu ni pegang baju dia pun, dia tak lari. Semakan kat kilang pun tidak menunjukkan apa-apa cubaan untuk menculik.

“Pengadu bersama seorang anak, adik dia dan ibu dia, apabila mereka sampai eskalator ke tingkat atas pasar raya itu rosak, jadi mereka kena berjalanlah. Dalam masa yang sama, dua warga asing ini apabila nampak budak itu susah sikit nak berjalan atas eskalator itu, dia angkat sikit budak ini.

“Apabila mak budak ini nampak, dia terus serah kanak-kanak terbabit, selepas itu mak dia mungkin anggap anak dia nak diculik,” katanya.

Terdahulu, tular video dua warga asing ditahan di sebuah pasar raya kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini