comscore
Tumpuan :
Nasional

Akta AKKP (Pindaan 2022) berkuat kuasa pada 1 Jun depan

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

Oleh: Fahmi Tajuddin

CYBERJAYA: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) (Pindaan 2022) akan berkuat kuasa pada  1 Jun depan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, beliau telah menandatangani pewartaan akta berkenaan.

“Kita juga telah mempercepatkan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah diluluskan pada penghujung 2021.

“Jadi saya telah menandatangani warta untuk menguatkuasa pindaan terbaharu Akta ini pada 1 Jun 2024,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja di Cyberjaya.

Pindaan Akta itu antara lain menekankan kepentingan pihak berwajib dan majikan untuk menilai situasi berisiko di tempat kerja.

Tambahnya lagi, pindaan tersebut turut mewajibkan mana-mana syarikat yang mempunyai lebih dari lima pekerja untuk melantik seorang pelaras keselamatan dan kesihatan.

“Antara perkara dalam pindaan terbaharu ini adalah ada satu tafsiran risiko untuk pihak berwajib dan majikan untuk menganalisa risiko di tempat kerja.

“Ada juga kewajiban untuk melantik penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan, sekarang syarikat yang lebih lima orang pekerja atau ke atas wajib melantik seorang pelaras keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” ujarnya.

Selain itu beliau berkata ketika ini kementeriannya telah menerima 13,000 pendaftaran dalam  Program Pertolongan Kecemasan Kesihatan Mental Pekerjaan (OMHFA).

“Hanya masa dua bulan sahaja, 13,000 telah berdaftar dan 4,000 telah berjaya dilatih sebagai Mental Health First Aider,” katanya.

Beliau juga berharap usaha ini akan terus diperkasakan lagi dalam membentuk amalan keselamatan dan kesihatan yang baik di tempat kerja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini