comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bukit Aman ambil masa hampir sejam rakam keterangan Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Pegawai Bukit Aman disahkan mengambil masa hampir sejam bagi merakam percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan kontroversi beliau terhadap Raja-Raja Melayu.

Bercakap kepada media di luar bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi memberi kerjasama penuh sepanjang proses itu.

Dua pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah (Terkelas) Bukit Aman yang hadir mengambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.- Foto: NSTP

“Sekarang ini, terpulang kepada (pasukan) penyiasat. Abdul Hadi memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 termasuk membaca kenyataan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution,” kata Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman memberi penjelasan kepada media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.- Foto: NSTP

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.

Mereka hanya dilihat meninggalkan bangunan itu pada 3.18 petang.

Dua pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah (Terkelas) Bukit Aman yang hadir mengambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.- Foto: NSTP

Semalam, Abdul Hadi mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini