comscore
Tumpuan :
Nasional

Bunga Citra Lestari kembali ‘Mekar’ dalam Konsert ‘Blossom’

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Bangkit dari duka.

Ditimpa ujian kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, tiga tahun lalu tidak menjadi pematah semangat untuk Bunga Citra Lestari.

Setelah berdiam diri sekian lama menanggung kedukaan, dia kembali ‘mekar’ dengan mengadakan konsert solo sulungnya iaitu ‘Blossom – Bunga Citra Lestari’ di Dewan Plenari, KLCC, malam tadi.

Menerusi persembahan berdurasi kira-kira dua jam, Bunga menyampaikan 19 lagu antaranya Wanita Terbahagia, Ingkar dan Kecewa.

Bunga juga memberi kejutan buat peminatnya apabila pertama kali mendendangkan secara langsung kolaborasi lagu terbarunya bersama Diskoria dan Laleilmanino iaitu Badai Telah Berlalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lunak itu turut bijak bermain emosi bersama peminatnya dengan turut bercerita mengenai kenangan bersama arwah suaminya dan ianya turut diterjemahkan dalam salah satu lagunya iaitu 12 Tahun Terindah.

Bunga dalam pada itu turut menampilkan penyanyi baru iaitu Ray Prasetya dalam lagu Aku dan Dirimu.

Meskipun Ariel Noah tidak dapat hadir untuk berduet menyanyikan lagu hit Menghapus Jejakmu, Bunga bijak bermain dengan visual seolah-olah Ariel turut berada di situ.

Tirai persembahan malam itu ditutup dengan Bunga membuat persembahan tarian yang sungguh bertenaga bersama anak tunggalnya, Noah Sinclair.

Loading...
Terkini