comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul

 


JOHOR BAHRU: Selepas kes dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid dan Akhyar Rashid diserang dan disamun, terbaharu bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim pula diserang.

Menurut salinan laporan polis yang tular di media sosial, Safiq diserang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika beliau berada di jalan Gelam menuju pantai Lido, sebaik selesai mengambil barang peribadinya di pusat latihan JDT.

Katanya, salah seorang daripada penyerang mengeluarkan tukul besi dan mengetuk cermin keretanya dari belakang.

Beliau kemudian menghentikan keretanya dan dua lelaki terbabit kemudian berhenti didepanya sambil menunjukkan tukul besi kepadanya.

Akibat takut beliau telah mengundurkan kereta dan dua lelaki berkenaan kemudiannya meninggalkan lokasi.

Serangan itu menyebabkan cermin belakang keretanya pecah.

Safiq kemudian membuat laporan polis di balai polis Larkin jam 11.06 minit malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 427 kanun keseksaan

Ujarnya, polis sedang mengesan suspek yang terlibat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini