comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Chegu Bard hadapi satu lagi tuduhan di Mahkamah Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali tiba di Kompleks Mahkamah di sini, kira-kira jam 8.50 pagi ini.

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, 45 hadir mahkamah Johor Bahru pagi ini. – FOTO: NSTP

Semalam, Badrul Hisham, 45, dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini