comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] COVID-19: Kes meningkat 20,696 minggu lalu

PUTRAJAYA : Jumlah kes Covid-19 meningkat 62.2% iaitu 20,696 dari 10 hingga 16 Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bagimanapun berkata 97% daripada kes menunjukkan simptom ringan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 151 kes dimana 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan; dan Kes kematian sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1%.

“Kematian tertinggi adalah di kalangan kes yang berumur 60 tahun ke atas (85%) dan yang mempunyai komorbiditi 93%,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Dr Dzulkefly menjelaskan, Malaysia  sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang mendadak dan berharap agar situasi ini dapat ditangani tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di akan dimuatnaik di laman web KKMNOW di https://data.moh.gov.my.

Data akan dikemaskini secara mingguan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini