comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Cuaca panas: Suri rumah jana pendapatan jual aiskrim malaysia

Syafiqah Shamsul Babri sedang membuat aiskrim malaysia di rumahnya di PPR Gua Musang. – FOTO: NSTP

GUA MUSANG: Cuaca panas yang melanda daerah ini memberi rezeki berganda buat seorang suri rumah dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang apabila menjana pendapatan dengan menjual aiskrim malaysia dari rumah sejak awal tahun ini.

Syafiqah Shamsul Babri, 33, berkata sejak awal bulan lalu jualan aiskrim malaysia yang dibuatnya semakin laris apabila berjaya menjual sehingga lebih 200 batang seminggu berbanding sebelum ini tidak sampai 100 batang.

Katanya, setiap hari akan ada pelanggan yang datang membeli aiskrim yang dibuatnya dan dia turut mempunyai pelanggan tetap yang mengambil dalam kuantiti banyak sehingga 100 batang seminggu.

“Alhamdulillah bermula selepas Hari Raya Aidilfitri lalu, permintaan aiskrim malaysia semakin tinggi dan ada yang membelinya dalam kuantiti yang banyak untuk dijual semula.”

“Saya juga ada meletakkan ais krim ini di beberapa kedai runcit berhampiran rumah selain mengiklankan melalui kumpulan WhatsApp.”

“Setiap sebatang aiskrim yang berukuran 5 inci dijual dengan harga 50 sen sebatang dan terdapat 13 perisa yang boleh dipilih pelanggan antaranya choki-choki, asam masin, jagung dan anggur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di PPR Gua Musang, di sini.

Syafiqah berkata dengan pendapatan menjual aiskrim malaysia sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

Apa tah lagi suaminya cuma melakukan kerja kampung manakala dan mereka pula mempunyai dua anak kembar yang masih kecil dan perlukan perhatian sepenuh masa.

“Jadi dengan pendapatan menjual aiskrim ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga.”

“Harapan saya pada masa akan datang dapat memiliki aiskrim jenama sendiri dan aiskrim malaysia ini akan mendapat permintaan yang lebih tinggi daripada pelanggan,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan lapan tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini