comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuba halang wanita pakai skirt masuk pejabat, PERKESO gantung tugas pengawal keselamatan

Foto tular

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengambil tindakan segera dengan menggantung tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) selepas didakwa menghalang seorang wanita daripada memasuki pejabatnya di Pulau Pinang kerana memakai skrit yang tidak sesuai.

PERKESO memandang serius isu ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan PERKESO berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada wanita yang dikenali dengan nama May itu dan berharap kejadian sama tidak lagi berulang.

“Kami memohon maaf kepada May susulan insiden membabitkan pengawal keselamatan terbabit yang tindakannya tidak selari dengan Prihatin PERKESO. Kami memandang serius isu ini dan kini melakukan siasatan dalaman.Kami berharap isu ini tidak akan mencetuskan spekulasi berpanjangan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan”.

“Malah kaunter dan pejabat PERKESO juga sentiasa terbuka untuk dikunjungi orang ramai dan sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan sosial, PERKESO juga adalah sebuah organsasi berteraskan pelanggan yang mengutamakan keperluan mereka.

“Justeru insiden ini diharap tidak menghalang May atau sesiapa sahaja mengunjungi mana-mana 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak”

Media sebelum ini melaporkan, May menemani rakan sejawatannya, Datuk Ajit Singh Jessy, ke Pejabat PERKESO Pulau Pinang untuk membuat pendaftaran perlindungan sosial bagi pembantu rumahnya, namun May pada mulanya tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan selepas skirtnya dikatakan tidak sesuai.

Loading...
Terkini