comscore
Tumpuan :
Nasional

CyberSecurity keluar amaran laman web pancingan di Telegram

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung laman web pancingan data palsu kelihatan seperti halaman MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikongsikan di aplikasi Telegram.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan menyebut penjenayah siber menggunakan laman web pancingan kelihatan seperti halaman log masuk perkhidmatan eWallet di Malaysia bagi menyasarkan pengguna Telegram untuk mengambil alih akaun pengguna bagi tujuan jahat.

“Pengguna akan menerima mesej bersama laman web palsu yang disertakan dalam Telegram mereka, apabila pengguna klik pada laman web palsu itu, mereka akan dibawa ke laman web pancingan data dan pengguna diminta untuk memasukkan nombor telefon.

“Seterusnya, maklumat ini akan digunakan oleh Threat Actor untuk log masuk ke akaun Telegram mangsa bagi memulakan percubaan mengambil alih akaun Telegram mangsa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut laman web pancingan data palsu ini turut dikongsi merentasi kumpulan pemesejan melalui Telegram. – BERNAMA

Loading...
Terkini