comscore
Tumpuan :
Nasional

KKD, SKMM akan bertemu Telegram esok

Oleh: Ain Shafiqah Zaki 

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan dia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan pertemuan dengan Telegram esok.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya jika beliau telah bertemu dengan Telegram berhubung kerisauan awam berkaitan isu keselamatan siber di platform itu.

“Mereka (Telegram) nyatakan yang mereka sedia untuk bertemu kita (Fahmi dan SKMM),” katanya ketika sidang media selepas acara Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi, Digital dan Perhubungan 2023 di Kuala Lumpur petang tadi.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Telegram enggan bekerjasama dengan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kandungan dan salah guna aplikasi itu.

Bahkan Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mendakwa Telegram dilihat menjadi platform utama dari segi penjualan bahan pornografi, dadah dan aktiviti penipuan pelaburan yang sepatutnya dikekang.

Telegram juga dilaporkan tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik.

Loading...
Terkini