comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan, tidak munasabah – KPN

Oleh : Rusyaidi Hafiz Shahid

SUBANG: Polis mengesahkan dakwaan bahawa Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan daripada hospital adalah tidak benar dan keberadaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu diketahui ahli keluarganya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, terdapat banyak fakta yang tidak benar berhubung isu dikeluarkan justeru ia menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Ada beberapa laporan telah dibuat dan mungkin ada kesalahan fakta menerusi berita-berita yang didengari, yang diambil gambar melalui whatsapp dan info yang tidak tepat”

“Info-info itu tidak tepat sama sekali kerana ianya bukan datang dari Ketua Polis Sarawak atau pihak JSJ,” ujar Razarudin ketika sidang media selepas merasmikan pelancaran Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Beliau juga mengesahkan pihak polis menerima laporan dari ahli keluarga dan peguam berhubung dakwaan tersebut.

Tambahnya siasatan lanjut juga masih dijalankan justeru sebarang kenyataan tidak benar mengenai isu ini perlu dihentikan agar tidak menganggu proses siasatan.

“Fakta sebelum ini perlu diperbetulkan” ujar Razarudin.

Terdahulu, polis mengesahkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu, yang didakwa diculik dari sebuah hospital oleh isterinya pada Sabtu lalu, masih berada dalam negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini