comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Datuk’ dipercayai suspek utama kes pembunuhan isteri dikehendaki polis

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Seorang lelaki berpangkat Datuk dikehendaki polis selepas dipercayai menjadi suspek utama kes pembunuhan isterinya.

Dalam kejadian pada Ahad lalu kira-kira jam 12.15 malam, pihak Ibu Pejabat Polis daerah Kajang telah menerima panggilan daripada jururawat sebuah hospital swasta di Kajang yang memberitahu telah menerima pesakit perempuan melayu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

Mangsa telah dihantar ke hospital oleh suaminya dan telah menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal oleh Pegawai Perubatan hospital tersebut mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Alamat terakhir suspek adalah di Sungai Long, Kajang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes ASP Umesh A/L Ratna Kumar di talian 012-6114900 bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini