comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran di UniMAP, KPT akan salur bantuan sewajarnya

Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan ke atas motosikal yang hangus dan terkesan dalam kebakaran di asrama UniMAP di Pauh, Perlis pagi tadi.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan sepatutnya kepada penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terkesan susulan kejadian kebakaran di aras bawah bangunan asrama pelajarnya di Pauh, Perlis awal pagi tadi.

Menteri KPT, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata beliau telah meminta siasatan terperinci dilakukan bagi mendapatkan butiran lanjut kejadian.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak universiti.

Katanya, KPT akan memastikan segala perkara berkaitan diberi perhatian sewajarnya.

UniMAP dalam satu kenyataan awal memaklumkan telah mengarahkan supaya Blok B dan Blok A, Kompleks Perumahan Pauh Putra yang menjadi asrama bagi pelajarnya itu dikosongkan.

Ia bagi memudahkan siasatan oleh pihak bomba dan polis berhubung kebakaran itu.

Menurut UniMAP, semua pelajar terlibat sudah diberikan penempatan sementara termasuk dari segi barang keperluan dan makanan.

Laporan awal menyebut 36 buah motosikal milik pelajar dan enam buah unit kediaman asrama penuntut terkesan akibat kebakaran pada jam 4.30 pagi tadi itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini