comscore
Tumpuan :
Sukan

Jepun juarai Piala Sultan Azlan Shah

PETALING JAYA: Jepun menyerlahkan kedudukannya sebagai kuasa baharu hoki Asia apabila menundukkan Pakistan 4-1 menerusi pukulan penentuan penalti dalam perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah di Ipoh malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat masa sebenar permainan.

Sebelum itu, pasukan hoki negara sekadar menduduki tempat keempat apabila tunduk 2-3 kepada New Zealand pada perlawanan klasifikasi.

Pada perlawanan pusingan awal, skuad Speedy Tigers menang 6-4 ke atas pasukan Sukan Olimpik Paris 2024 itu.

Piala kejuaraan disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini