comscore
Tumpuan :
Nasional

Denggi di Bangladesh melepasi 100,000 kes, hampir 500 meninggal dunia

Foto: Reuters

DHAKA: Bangladesh menyaksikan wabak denggi paling teruk setakat bulan ini apabila merekodkan lebih 50,000 kes, dengan 234 kematian, lapor Xinhua.

Selepas melaporkan tambahan 2,197 kes demam denggi dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 8 pagi waktu tempatan Isnin, jumlah kes denggi di negara itu sejak Januari kini sebanyak 102,191 kes.

Daripada jumlah itu, 50,359 kes denggi dilaporkan berlaku pada bulan Ogos, menurut data rasmi Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Pada Isnin, sembilan kematian berkaitan denggi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian kepada 485, menurut DGHS.

Menurut DGHS, sejumlah 94,020 pesakit pulih, termasuk 2,084 pesakit baharu pada Isnin. – BERNAMA-XINHUA

ENDS

Loading...
Terkini