comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dewan Negara lulus RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak


Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, lebih suara bersetuju dan RUU diluluskan.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Seramai 10 Ahli Dewan Negara terlibat dalam sesi perbahasan.

Datuk Seri Azalina berkata, pindaan bahagian II RUU dicadang untuk menggantikan terminologi pornografi kanak-kanak dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam Akta 792.

Menurutnya, pindaan RUU itu turut memasukkan Seksyen baharu iaitu 15A dan 15B (Akta 792) yang memperuntukkan kesalahan berhubung persembahan seksual oleh kanak-kanak dan kesalahan membabitkan pemerasan seksual kanak-kanak.

Loading...
Terkini