comscore
Tumpuan :
Nasional

Dewan Negara: Reformasi Institusi sukar jika kerajaan tidak stabil

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Reformasi Institusi memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perubahan substantif terhadap fungsi pentadbiran keadilan jenayah.

Namun pelaksanaannya menjadi sukar jika kerajaan tidak stabil.

Penegasan itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang turut merayu agar diberikan peluang untuk menjalankan tugas dan memohon agar momokan menukar kerajaan dihentikan.

“Saya hendak terangkan disini, biarlah kerajaan selesaikan sehingga PRU16, supaya reformasi ini dapat kita selesaikan dalam jangka masa 4 tahun akan datang sebelum pilihan raya yang akan datang PRU16, kemudian putuslah oleh rakyat sama ada blok kerajaan mana yang akan memimpin,” katanya di Dewan Negara pagi tadi.

Kerajaan ujarnya kekal komited dalam usaha Reformasi Institusi yang melibatkan pengasingan kuasa antaranya bagi jawatan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Tambah beliau lagi, cadangan pindaan mengenainya akan dibawa ke Dewan Rakyat setelah Kajian Empirikal yang terperinci dan holistik selesai.

“Masalah yang paling besar ialah bentuk negara yang telah membuat perubahan yang sama ada yang sudah berpatah balik. Keduanya kita juga perlu mengkaji sebab di Malaysia kita mempunyai pelbagai undang-undang,” tegasnya.

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan sedang giat mengatur dan mengorak pelbagai langkah ke arah reformasi perundangan yang akan dilaksanakan secara berfasa bertunjangkan konsep kesediaan menerima perubahan dengan mengambilkira saranan segenap lapisan masyarakat dalam mencorak masa hadapan Malaysia yang menjadi ilham MADANI.

Loading...
Terkini