comscore
Tumpuan :
Nasional

Diskaun Saman Trafik Hingga 50% Bermula Esok Sempena MAHA 2022

Sumber: JSPT Selangor

KUALA LUMPUR: Sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih selama dua hari.

Dalam hantaran di Facebook PDRM memaklumkan tawaran itu bermula 13 Ogos hingga 14 Ogos 2022 berlangsung di Laman Tiba 1, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor.

Bayaran saman hanya boleh dilakukan di kaunter yang dibuka di tapak acara terbabit bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Loading...
Terkini