comscore
Tumpuan :
Nasional

Ditipu scammer nombor ‘fancy’, RM210,000 lesap

Suspek (dua kanan) direman berhubung kes tipu menawarkan 21 nombor pendaftaran ‘fancy’ tidak wujud. – Foto: NSTP

SEGAMAT: Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tawaran nombor pendaftaran ‘fancy’ mencecah ratusan ribu ringgit, yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Segamat menahan suspek, 29, di bandar Segamat jam 12.30 tengah hari semalam.

“Mangsa buat laporan polis pada pertengahan Julai lalu selepas menyedari ditipu RM210,000.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan suspek yang juga peniaga motosikal serta merampas pelbagai dokumen transaksi pembayaran bank mengandungi maklumat mangsa.

“Hasil siasatan awal didapati mangsa juga kenalannya ditawarkan 21 pelbagai nombor pendaftaran ‘fancy’ tidak wujud,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa memasukkan wang secara berperingkat ke akaun bank suspek sejak Mei 2022 lalu kerana mahukan nombor pendaftaran ‘fancy’ itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada individu lain turut menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Difahamkan, suspek bertemu mangsa sebelum mendakwa kononnya hanya mengena caj bayaran amat rendah sekiranya mahu mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan dua angka atau berkembar sedangkan ia tidak wujud.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini