comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Imam Masjid Jamek Kampung Sarmin tiada unsur jenayah

Tangkap layar video tular.

SEGAMAT: Tiada unsur jenayah dikesan berhubung kematian seorang imam ketika menunaikan solat subuh di Masjid Jamek, Kampung Sarmin di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitanden Ahmad Zamry Marinsah berkata siasatan mendapati mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di kayu mimbar.

“Hasil post mortem mendapati jantung mangsa gagal berfungsi sebelum (mangsa) rebah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak semalam viral di media sosial video seorang lelaki yang sedang mengimamkan solat subuh di sebuah masjid tiba-tiba rebah.

Imam itu yang dikenali sebagai Mohd Razif Hussin, 62 kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Segamat.

Difahamkan mangsa mempunyai masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan serta dimasukkan ke hospital beberapa bulan lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sermin, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini