comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes bunuh Zayn Rayyan: Kes belum diklasifikasi sebagai ‘NFA’

KUALA LUMPUR: “Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,”

Itu  jaminan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai  siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme  Zayn Rayyan Abdul Matiin yang  tidak akan dihentikan walaupun tiada petunjuk baharu ditemukan sehingga kini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. – FOTO: NSTP

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Disember tahun lepas di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartmen Idaman pada keesokannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini