comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua kereta bertembung, seorang pemandu maut 

Oleh: Zahir Senapiah

KLUANG: Seorang pemandu maut manakala seorang lagi parah dalam nahas membabitkan dua buah kereta di kilometer 57, Jalan Kota Tinggi-Kluang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis, Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Solehin, 30-an beralamat di Kulai, Johor.

Manakala seorang lagi pemandu Abdul Muiz, 20an beralamat di Mersing, Johor.

Dia yang parah di bahagian badan kini berada di zon merah Hospital Kluang.

Siasatan awal mendapati kereta jenis Nissan Almera dipandu Mohd Solehin dalam perjalanan dari Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Abdul Muiz dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa cedera parah.

Mohd Solehin disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kluang.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini