comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua kereta terlibat kemalangan di KESAS, seorang wanita maut

Keadaan dua buah kereta yang terlibat kemalangan di KM35 Lebuhraya KESAS, malam tadi. – FOTO: Ihsan JBPM Selangor

PETALING JAYA: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderan di Kilometer (KM) 35 Lebuhraya KESAS dari Subang menghala ke Shah Alam, malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya menerima laporan pada jam 11.44 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi.

Tambahnya, kemalangan membabitkan dua kereta, masing-masing jenis PROTON Wira dan Honda City.

“Apabila anggota bomba tiba di lokasi, terdapat tiga mangsa kemalangan sudah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam yang membantu.

“Dua mangsa didapati hanya mengalami kecederaan namun seorang penumpang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Morni berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai M Shamini berusia 27 tahun.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini