comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang wanita maut, 9 cedera nahas 2 kenderaan

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut, manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mawai, dekat sini, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.16 petang tadi.

Katanya, sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba dari BBP Kota Tinggi dihantar ke lokasi.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan Perodua Alza dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

Perodua Alza dinaiki empat orang di mana pemandu serta dua penumpang tersepit manakala kesemua mangsa di dalam van cedera tetapi tidak tersepit.

“PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera. Bagaimanapun, salah seorang penumpang Perodua Alza yang tersepit, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang cedera membabitkan dua wanita dan tujuh lelaki dihantar ke hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan.

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

Loading...
Terkini