comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lelaki kongsi gelap warga Taiwan diberkas di KLIA

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

PETALING JAYA: Dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap warga Taiwan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 20 April lalu kerana terlibat dengan kes tembakan di negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan hari ini memberitahu kedua-dua suspek ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika cuba masuk ke negara ini melalui penerbangan dari Taiwan.

Katanya, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada wakil polis negara itu semalam untuk dibawa pulang ke negara asal mereka.

“Kedua-dua suspek merupakan orang yang dikehendaki Polis Taiwan kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di Taiwan dan dipercayai merupakan ahli kongsi gelap serta sindiket scammer di negara itu.

“Mereka ditangkap susulan waran tangkap oleh pihak berkuasa Taiwan dan pembatalan pasport oleh kerajaan negara berkenaan,” katanya.

Loading...
Terkini