comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua lori bertembung, seorang pemandu maut 

FOTO : NSTP

KULAI : Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori di kawasan lampu isyarat Jalan Perindustrian Sedenak.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.44 petang.

“Seramai enam anggota dibantu sebuah jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.

“Nahas melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan lori membawa muatan tanah.

“Terdapat seorang mangsa berusia 59 tahun tersepit di bahagian pemandu lori Hino. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan ‘stretcher’ sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang lagi pemandu lori yang membawa muatan tanah pula cedera ringan dan dibawa ke hospital berhampiran oleh orang awam.

Operasi menyelamat mangsa tamat pada 7.25 petang.

Loading...
Terkini