comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut kemalangan motosikal dan kereta

JOHOR BAHRU: Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan Straits View, sebelum Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jambatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 4.04 minit pagi.

Katanya, 13 anggota dari balai bomba Larkin bersama sebuah jentera diketuai komander operasi, pegawai bomba kanan dua, Shaifulnizam  Mohamad dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba pasukan mendapati Sebuah Motosikal Jenis Yamaha Fz yang dipandu seorang lelaki dan dibonceng seorang wanita terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Motosikal berkenaan telah terbakar dan Musnah 90%. Penunggang serta pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.

Ujarnya, pemandu kereta Perodua Myvi seorang lelaki turut cedera dan dibawa ke HSA untuk rawatan.

Mayat dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat jam 4.40 pagi dan polis masih menyiasat punca kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini