comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua maut, tiga cedera kereta terbalik

FOTO Ihsan Bomba

SIPITANG: Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta yang terbabas sebelum terbalik di Jalan Sabah Forest Industries (SFI), di sini, petang tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Norsiah Paie dan Mira Khairul masing-masing berusia lingkungan 20 tahun, manakala tiga yang cedera ialah wanita berusia lingkungan 20 tahun.

Semua mangsa di dalam kereta berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Penolong Penguasa Bomba, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.59 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

FOTO Ihsan Bomba

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga lama dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

“Terdapat lima mangsa terbabit iaitu dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Sipitang menggunakan ambulans.

“Tiga lagi mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang lagi cedera dan dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada 6.20 petang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini