comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua sungai di Pahang lepasi paras bahaya

Sungai Triang antara dua sungai di Pahang lepasi paras bahaya

KUANTAN: Dua sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 9 pagi hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan masing-masing di daerah Bera dan Raub.

Sungai terbabit ialah Sungai Triang yang merekodkan bacaan 34.78 meter (m) berbanding 34.50m dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub merekodkan bacaan 115.12m berbanding 114.80m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Empat sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai.

Manakala, empat sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis dan Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub.

Selain itu, Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor.

Sementara itu, hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Tinjauan di Kampung Gudang Rasau, berhampiran Sungai Belat di sini pagi ini mendapati air naik sedalam kira-kira 0.5 tetapi belum ada penduduk yang berpindah.

Loading...
Terkini