comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya

Paras air di Sungai Belat, Kuantan hari ini – Foto: NSTP

KOTA BHARU: Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan dua sungai utama Kelantan melepasi paras bahaya malam ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan bacaan 3.17 meter (m) berbanding paras normal 0.7m.

Satu sungai lagi adalah Sungai Kelantan di Kuala Besar, di sini dengan bacaan 2.53m berbanding paras normal 1.3m.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula melepasi paras waspada dengan bacaan 7.81m berbanding paras normal 5m.

Sementara itu, sungai utama yang lain masih lagi berada di paras normal termasuk Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kusial di Tanah Merah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini