comscore
Tumpuan :
Negeri

[VIDEO] Lima sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya

 

KOTA BHARU: Lima sungai utama di Kelantan direkodkan melepasi paras bahaya setakat jam 5 petang ini.

Menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang melepasi paras bahaya itu ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.92 meter (m) berbanding paras normal 5.00 m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 25.11m berbanding paras normal 19.00m.

FOTO: NSTP

Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Lanas di Ayer Lanas, Jeli (29.69m), Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok (9.05m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (35.73m).

Sementara itu, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.46m), Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (55.65m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai, 23.05m.

Loading...
Terkini