comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua wanita antara ditahan kes samun bersenjata di kedai dobi

Mohd Shuhaily menunjukkan foto suspek kes samun bersenjata pada sidang media di IPK Pulau Pinang. – Foto NSTP

GEORGETOWN: Tiga ditahan termasuk dua wanita kerana disyaki terbabit dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah kedai dobi di Taman Belimbing di Bukit Tengah, dekat sini, 30 April lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata seorang daripada suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau serta positif dadah jenis Methamphetamine.

Semua suspek berusia  20-an ditahan di sebuah hotel di Butterworth, dekat sini,  Khamis lalu.

Beliau berkata,  modus operandi suspek menyasarkan mangsa dalam kalangan warga asing dan barangan kemas yang disamun dijual sekitar kedai pajak gadai di daerah berkenaan.

“Kita percaya penahanan dua daripada tiga suspek ini membantu polis menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes samun dalam daerah seberang Perai Tengah dengan nilai kerugian keseluruhan RM4,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 malam 30 April lalu, mangsa berusia 19 tahun mendakwa disamun dengan senjata pisau oleh seorang lelaki ketika berada di kedai dobi berkenaan.

Suspek dikatakan menarik rantai emas dipakai mangsa dan merampas telefon bimbit sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang wanita yang menunggu di luar kedai dobi.

Loading...
Terkini