comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja ladang bakar isteri sehingga parah direman 6 hari

Suspek (berpakaian oren, kanan) yang membakar isterinya dalam kejadian di Tasek Gelugor dibawa polis ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk mendapatkan perintah reman.

BUTTERWORTH : Seorang pekerja ladang direman enam hari berhubung kes membakar isterinya hingga cedera parah dalam kejadian di perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, Isnin lalu.

Perintah reman sehingga Rabu depan ke atas suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Assisten Komisioner Mohd Asri,  suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek negatif dadah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis menahan suspek di sebuah rumah di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal dekat sini, kira-kira jam 1 tengah hari.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Isnin, suspek bertindak melarikan diri selepas membakar isterinya kerana perselisihan faham membabitkan isu keluarga.

Insiden itu disedari anak mangsa yang kemudian membantu ibunya sebelum meminta bantuan jiran bagi menghubungi polis.

Mangsa, 35, yang melecur lebih 27 peratus  masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Loading...
Terkini