comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Duta Jepun ada cara istimewa ucap Hari Kebangsaan untuk rakyat Malaysia 

Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi. – Foto: Embassy of Japan in Malaysia/Facebook

KUALA LUMPUR: Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi ada cara yang istimewa untuk mengutus ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Takahashi berkunjung ke kedai ‘mamak’ hari ini yang disifatkannya sebagai makanan istimewa masyarakat di negara ini.

Menerusi video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke halaman media sosial rasmi kedutaan (Facebook dan X), menunjukkan beliau sedang menikmati makanan itu bersama kakitangan kedutaan.

“Saya mengucapkan ‘Selamat Hari Merdeka’ (Selamat Hari Kebangsaan) kepada semua rakan Malaysia. Kami berharap agar Malaysia sentiasa dikurniakan keamanan dan kemakmuran.

“Sempena menyambut kemerdekaan, saya datang ke kedai mamak bersama rakan-rakan kedutaan. Makanan mamak adalah sebahagian besar budaya Malaysia, jadi saya sangat gembira untuk mencubanya,” kata duta itu.

Foto: Embassy of Japan in Malaysia/Facebook

Takahashi dilihat menikmati makanan dan minuman seperti nasi kandar, maggi goreng, teh tarik, ‘milo dinosaur’, roti tisu dan roti canai.

Loading...
Terkini