comscore
Tumpuan :
Nasional

[EKSKLUSIF]: Sogok pihak berkuasa, sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta dirampas

 

Oleh Ing Boon Seng

KLANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling apabila merampas hampir dua tan sisik haiwan itu yang bernilai lebih 23 juta ringgit.

Kejayaan Op Jaguar itu hasil kerjasama SPRM dan agensi penguatkuasaan luar negara.

Foto: Ihsan SPRM

Sindiket berkenaan dipercayai menyogok pegawai awam tertentu untuk memudahkan pengeluaran barang pelupusan dari gudang kastam untuk dijual di pasaran gelap.

Buletin TV3 menyertai serbuan secara eksklusif yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, AML SPRM di sebuah premis di Klang, Selangor hari ini.

Berselindung di sebalik perniagaan tayar, tingkat atas premis ini didapati dijadikan stor simpanan sisik tenggiling.

Dalam serbuan ini, pihak SPRM menemui 97 guni sisik tenggiling yang keseluruhannya seberat kira-kira 1.8 tan.

@buletintv3 Sogok pihak berkuasa, sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta dirampas #beritaditikok #buletintv3 #sprm #tenggiling ♬ original sound BuletinTV3

Mereka dipercayai telah bertindak sebagai orang tengah yang mencari pelanggan-pelanggan yang ingin membeli hidupan liar yang telah dikeringkan dan diawet di pasaran gelap dan penjaga premis bagi tempat penyimpanan hidupan liar yang diseludup.

Menerusi risikan dijalankan SPRM, isu penyeludupan haiwan liar ini sedang meningkat naik dan Malaysia dipercayai menjadi hub atau transit bagi sindiket ini menjalankan operasi mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seramai enam individu berusia antara 30 hingga 59 tahun membabitkan warga tempatan, Bangladesh, Pakistan dan Nepal.

Beliau berkata SPRM juga masih mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dengan sindiket ini dan tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan melibatkan agensi penguatkuasa lain terlibat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 kurungan ‘a’, Akta SPRM 2009 dan  Seksyen 4 kurungan satu, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Loading...
Terkini