comscore
Tumpuan :
Nasional

[EKSKLUSIF] TV3 kekal juara di Malaysia, kandungan menarik bagi semua

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Walau sudah hampir empat dekad bersiaran, TV3 kekal juara di hati penonton malah lebih dinamis di era teknologi digital untuk menyahut perubahan cita rasa pengguna.

Daripada drama mahupun Buletin Utama, penonton TV3 mencecah sehingga tiga juta.

Rahsianya, kualiti kandungan dan produksi yang menepati kehendak pelbagai lapisan masyarakat.

Sejak bersiaran pada 1 Jun 1984, TV3 satu-satunya saluran yang menyiarkan elemen dokumentari, berita, hiburan mahupun drama, kekal sebagai pilihan utama penonton di Malaysia.

Program bercorak dokumentari, Majalah 3; hiburan, Anugerah Juara Lagu dan berita, Buletin Utama terus terpahat di hati penonton.

“Menurut Nielsen, lebih 26% daripada audience share televisyen menonton TV3 sebagai siaran utama mereka.Di Malaysia ada lebih 200 televisyen channel bukan sahaja daripada free to air tetapi juga station daripada satelit, lebh dari 200 ye tapi satu stesen sahaja dapat mencapai lebih daripada 26% daripada audience share,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima, Rafiq Razali.

Bagi Tokoh Korporat, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, TV3 sekian lama berperanan besar dalam kehidupan harian semua lapisan rakyat.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, TV3 menjadi rujukan utama saban hari untuk mereka yang mengikuti perkembangan dalam negara, termasuk isu semasa melibatkan kebajikan rakyat serta dunia perniagaan.

Selain mencungkil bakat yang memanfaatkan industri penyiaran tanah air menerusi pelbagai programnya, TV3 terus menjadi sumber informasi dan hiburan unggul untuk rakyat.

“Macam Majalah 3, 999, Malaysia Hari Ini, dulu ada Nona, jadi sudah tentu ia melahirkan bakat-bakat juga kepada negara dan ini adalah satu sumbangan yang saya nampak stesen TV macam Tv3 ini menjadi satu reference point untuk melihat bagaimana kita menyediakan kita punya program-program termasuk kita punya news and current affairs kepada rakyat khususnya bagi mereka yang ingin lihat tanpa bayaran. Free to Air. This is the platform.”

Sebagai saluran percuma, TV3 bergantung kepada iklan untuk beroperasi.

Dan sempena ulang tahunnya yang ke-39, terdapat pelbagai pakej menarik menanti pengiklan.

“Diskaunnya memang sangat hebat. Saya tak nak spoil the surprise untuk pasukan kami untuk melancarkan ini tapi untuk semua pelanggan stay tuned kita akan ada pakej yang memang hebat untuk semua advertiser TV3.”
.
Jelas beliau, berlatar belakangkan iklim ekonomi yang mencabar, mungkin peruntukkan pengiklan tidak seperti dahulu.

Namun pengiklan masih perlu melabur agar jenama mereka terpahat di hati pelanggan.

“Jadi sebagai stesen nombor satu di Malaysia, kami akan memastikan bahawa offering kami atau pricing kami mmg sepadan dengan permintaan atau perbelanjaan yang akan dilakukan oleh pelanggan-pelanggan.”

Bergerak ke hadapan, TV3 akan terus menyediakan kandungan berkualiti yang menambat hati penonton sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen tersohor di Malaysia.

Apa yang pasti kakitangan dan krew produksi Sri Pentas akan terus komited memastikan jenama TV3 sentiasa terpahat dalam hati anda dengan kandungan berkualiti dan menarik untuk memastikan TV3 kekal relevan.

Loading...
Terkini