comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Empat rumah, dua kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran

FOTO : Ihsan Bomba

ALOR SETAR : Empat deretan rumah, dua kereta serta sebuah motosikal di Taman Indah, Jabi di Pokok Sena di sini terbakar, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi Azrul Musa berkata, sepasukan anggotanya dari BBP Pokok Sena  diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahrin Musa bersama enam anggota tiba di lokasi sebaik menerima panggilan 12.54 tengah malam.

FOTO : Ihsan Bomba

Operasi turut dibantu enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Tanah Merah, Seberang Nyonya, Kota Sarang Semut, Kampung Baru Rangkaian, Jalan Kundor dan Pendang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi  (PKO) di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah rumah di taman perumahan itu sebelum merebak ke tiga rumah bersebelahan.

“Peratusan awal kebakaran mendapati dua buah rumah musnah 80 peratus, manakala dua rumah lagi masing-masing terbakar 30 dan 10 peratus manakala dua kereta serta motosikal musnah dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO : Ihsan Bomba

Api berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi dan dipadam sepenuhnya sebelum operasi tamat pada jam 3.20 pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini