comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam cedera, bas langgar belakang lori treler

TANGKAK: Sekurang-kurangnya enam orang termasuk pemandu bas cedera manakala 19 lagi selamat dalam nahas membabitkan sebuah bas melanggar belakang lori treler, awal pagi semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku di Kilometer 168.3 Lebuhraya PLUS arah Selatan, Tangkak, Johor.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menghantar 18 anggota ke lokasi kejadian, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Kumar A/L Karuppan sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.41 pagi.

Menurut komander operasi, nahas melibatkan 25 orang mangsa di dalam bas termasuk seorang pemandu bas dan pemandu lori.

Bagaimanapun, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Muar untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 4.30 pagi.

Loading...
Terkini