comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam kes COVID-19 varian Arcturus dikesan di Sarawak

Foto hiasan

KUCHING: Enam kes positif COVID-19 disebabkan varian baharu XBB1.16 atau Arcturus dikesan di Sarawak setakat ini.

Varian Arcturus berada di bawah pemantauan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana berpotensi untuk meningkatkan jangkitan dan patogenik.

Justeru, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengingatkan orang ramai peka dengan risiko peningkatan jangkitan  COVID-19 ketika kunjung-mengunjung pada perayaan Aidilfitri.

Dr Sim (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan bertuntung, Simi Solhi di Kampung Sinar Budi Baru sempena Sambutan Aidilfitri 2023. – FOTO: NSTP

Katanya, langkah pencegahan harus diamalkan seperti pemakaian pelitup muka serta menjaga kebersihan diri.

“Turut membimbangkan cuaca panas melampau sejak dua minggu lalu yang bukan saja boleh mencetuskan keadaan berjerebu, tetapi juga boleh menyebabkan strok haba,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bertuntung Sempena Sambutan Aidilfitri 2023 di Kampung Sinar Budi Bari, Batu Kawa, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, orang ramai yang mengalami gejala seperti demam, selsema dan batuk perlu segera membuat pemeriksaan sendiri atau terus ke hospital.

Varian Arcturus dikenal pasti menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak dalam kes positif COVID-19 di India baru-baru ini.

Beliau berkata, cuaca panas melampau yang sedang dialami juga mampu menjejaskan kesihatan kerana kualiti udara mudah tercemar akibat keadaan berjerebu.

Loading...
Terkini