comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam peniaga bazar gaji warga asing dikompaun

Bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahman adalah antara bazar Ramadan paling popular di Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Enam peniaga bazar Ramadan di kompaun kerana didapati menggajikan pekerja warga asing dalam operasi pemantauan di sekitar ibu negara, di sini semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata operasi itu dijalankan di sekitar Jalan Radin, Jalan Desa Jaya dan Jalan Impian Indah di sekitar Seputeh di sini.

“DBKL membuat tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan enam notis kompauan kepada pemilik lesen kerana melanggar syarat dengan melantik pembantu gerai warga asing,” kata DBKL dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

DBKL berkata tindakan diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 14, Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Menurut DBKL, operasi pemantauan dijalankan bagi meninjau tahap kebersihan, pengendali makanan serta kelancaran aliran trafik di sekitar tapak bazar Ramadan.

DBKL mengingatkan langkah itu akan diteruskan dari masa ke semasa di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan semua pemegang lesen perniagaan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini