comscore
Tumpuan :
Nasional

Enggan guna status bapa sebagai tiket untuk kejayaan

Thara Laila Puteri antara penerima skrol ijazah daripada Fakulti Undang-Undang bagi jurusan Syariah dan Amalan. FOTO: Ihsan UiTM

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA, UiTM telah melalui sebanyak 98 Istiadat konvokesyen sejak ia mula bertapak lebih 60 tahun yang lalu.

Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1956, ratusan ribu graduan telah dilahirkan dan pastinya ada di antara mereka mengikut jejak langkah ibu atau bapa masing-masing dan tidak kurang juga ada antara mereka yang datang daripada pelbagai latar masuk anak orang kenamaan.

Terbaru, anak kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal iaitu Thara Laila Puteri Mohammad Yusof antara penerima skrol ijazah dalam sidang yang berlangsung hari ini.

Bagi Thara Laila, bapa adalah idola buat dirinya ketika mengharungi pengajian di UiTM dan status selaku anak kepada seorang Timbalan Menteri tidak pernah dijadikan batu loncatan, malahan beliau melalui saat-saat sebagai mahasiswa sama seperti rakan-rakannya yang lain tanpa sebarang layanan istimewa.

Thara Laila antara ribuan graduan yang menerima skrol ijazah dari Fakulti Undang-udang bagi jurusan Syariah dan Amalan.

Thara Laila Puteri bersama bapa Datuk Mohammad Yusof Apdal serta keluarga. FOTO: Ihsan UiTM

Sementara itu, anak kepada penyanyi kumpulan rock, Bandi Amuk dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Arifin juga antara penerima skrol ijazah dalam sidang konvokesyen bagi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, FKPM.

Muhammad Saiful Affique Nasabandi adalah anak kepada Bandi manakala Amirul Haziq Roslan adalah anak kepada Roslan Arifin di mana kedua-dua mereka adalah graduan Ijazah Komunikasi Instruksional dan Latihan.

Bagi Amirul Haziq, bapanya yang juga alumni FKPM antara pendorong utama dalam meneruskan pengajian dalam bidang ini dan reputasi FKPM selaku antara fakulti yang tersohor dalam bidang komunikasi membuatkan beliau yakin bahawa ini adalah bidang yang tepat buat dirinya.

Sementara itu, bagi Muhammad Saiful pula, bapanya tidak pernah menghalang untuk menceburi apa bidang sekalipun asalkan bidang yang diceburi mempunyai masa depan yang cerah.

Kedua-dua mereka tidak menolak bahawa cabaran hari ini menuntut mereka untuk lebih berkemahiran dan kritis, justeru mereka percaya FKPM dan UiTM adalah pilihan yang tepat buat mereka berdua.

Loading...
Terkini