comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu ‘Parallel Pathway’ akan dibincang Rabu ini – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau Pameran Era Pasca Normal MADANI di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berhubung Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, Rabu ini.

Perdana Menteri ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan cara untuk menyelesaikan kemelut isu berkenaan.

“Kita akan bincang pada Rabu dalam mesyuarat kabinet,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal MADANI di sini, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA (UiTM) membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Cadangan itu menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk mahasiswa UiTM dan alumni dengan alasan universiti itu hanya untuk Bumiputera, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

15 Mei lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan berkata buat masa ini tidak ada perbincangan mengenai kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM di peringkat kementerian mahu pun kabinet.

Zambry berkata isu berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini