comscore
Tumpuan :
Nasional

Fauziah Nawi kini bergelar datuk

Penerima anugerah Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Berpegang kepada prinsip jika sudah memulakan sesuatu jangan pernah menyerah membawa pelakon veteran Fauziah Nawi sebagai penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN).

Darjah kebesaran itu yang membawa gelaran Datuk dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menurut Fauziah, pengiktirafan itu memberi erti dan makna yang cukup indah buat dirinya apa tah lagi beliau tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik.

“Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu.

Sejujurnya, saya sememangnya terkejut dan tidak mengharapkan apa-apa, namun saya bersyukur menerima pengiktirafan ini ketika masih hidup,” katanya.

Fauziah mengakui pada pada peringkat awal, bapanya tidak memberikan keizinan kepadanya untuk berkecimpung dalam bidang seni.

Tambah Fauziah, beliau juga risau akan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan, namun bersyukur majlis istiadat itu berjalan dengan lancar.

Termasuk Fauziah, seramai 297 individu menjadi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara, hari ini.

Loading...
Terkini