comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pengusaha restoran bergelar Datuk ditahan

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Disyaki melakukan khianat, seorang pengusaha sebuah restoran terkenal di daerah ini yang dipercayai bergelar Datuk ditahan polis, kelmarin.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada jam 2.50 petang kelmarin selepas laporan polis dibuat seorang peniaga yang didatangi suspek dalam keadaan marah, pada Sabtu lalu.

Difahamkan, suspek datang ke pejabat mangsa pada jam 9.40 malam dan mempersoalkan tindakannya membuka perniagaan di kawasan itu tanpa izin.

“Mangsa dimarahi berulang kali dan suspek turut bertindak menarik tangannya untuk keluar dari pejabat.

“Mangsa cuba melepaskan diri dan memberitahu bahawa dia tidak mahu bergaduh kerana tidak mahu mempunyai masalah dengan suspek.

“Berlaku perselisihan faham dan suspek bertindak menumbuk pintu pejabat mangsa sehingga pecah.

“Mangsa mengalami kerugian apabila perlu mengganti cermin pintu pejabatnya berharga kira-kira RM800,”  menurut sumber itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

Bagaimanapun katanya, selepas soal siasat dilakukan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya

Loading...
Terkini